January 4 - 8, 2009 cuti yang panjang
tahun baharu 2010 minggu pertama aku mengambil cuti yang agak panjang... memang panjang, kerana aku jarang sekali untuk mengambil cuti sebegitu .. bercuti kerana ingin menghantar anak bongsu ke sekolah, yang tidak pernah aku lakukan selama ini... segala-galanya sebelum ini adalah terletak di bahu hubbyku... wow! peace from office work! amjad anak yang baik! januari 4 - 7 pagi pagi sekolah agama. senang dan mudah bangun pagi. mungkin excited untuk menghadirkan diri ke sekolah. agakkan aku sahaja. dalam hatinya mungkin bermacam rasa. aku menunggu sehingga tiba waktu rehat. amjad beratur. aku terus mendapatkan tempat duduknya. dia merungut. kenapa ramai sangat orang. sambil makan terus berkata 'sekolah petang amjad nak bawa bekal'. sesi pagi tamat jam 11. 1130 am aku masak sambal udang untuk bekal amjad. dia suka. tak pernah lupa mengucapkan 'terima kasih ummi'. ucapan itu membuatkan aku bangga. kesemua anak-anakku begitu. ke sekolah petang jam 1245 tengahari. sampai seko...