Posts

Showing posts from 2020

Hujan

Image
  hujan hujan yang memayungi lembar subuh seakan menurunkan duka yang terpahat di dada ada usungan luka dan kecewa menitis dan menitis tanpa ingin rasa berhenti 13 Julai 2020 IIUM-Gombak
Image
Daya Hati usah engkau gundah dan galau usah berkeluh kesah usah difikirkan kerana disakiti usah ditangisi kepayahan itu juga, usah disedihkan kesayuan yang meraja yang menikam lumat Duhai hati Sekalipun engkau telah tersakiti Lalu menghiris dan menghancurkan Namun, harungilah kesedihan dan kepayahan ini dengan daya Kerana Tuhan tidak pernah melepaskan engkau daripada pelukan kasih-Nya Dekatilah, hampirlah kepada-Nya Nescaya engkau wahai hati akan tenang. Tuhan, Engkau penyembuh hantarkan pada hati ini kekuatan peganglah hati ini dari berbolak-balik Sesungguhnya keredhaan-Mu ingin kumiliki. 3 March 2020 IIUM Gombak | 10:00 am
Image
kerinduan itu sukar untuk dibendung tersakit aku dalam mengendungnya ke hulu ke hilir kubawa kuusung ke mana sahaja namun ianya masih terkendong tidak mahu melepaskan rasa ini alangkah payahnya menjadi seorang aku mengurung rindu hingga ke hujung sehingga aku sehampir tumbang oleh kerananya Tuhan, kepada-Mu aku mengharapkan untuk bertemu-Mu membawa rindu yang tidak pernah habis ini. Rindunya aku kepada-Mu semakin sarat dan membuak-buak sehingga aku hampir kelemasan dalam menunggu waktuku!!! 13 June 2019 Gombak | 9:24
Image
6 January 2020 2019 lama sekali aku tidak mencoteng mencurah rasa pada dada ini kenapa dan mengapa ini terjadi? 2019 banyak kenangan yang menjalar-jalar yang memedihkan merayap di hati tetapi seutas kata tidak mampu aku catat di sini kenapa dan mengapa ini terjadi? 2019 engkau berlalu seperti embun dinihari tanpa endah tidak aku pertikaikan engkau berlalu tidak juga aku hargaimu kenapa dan mengapa ini terjadi? 2019 engkau mengucup dalam senyap engkau simpan segala pahit - pedih - bahagiaku  jauh ke dalam hatimu paling dalam terima kasih 2019 kerana engkau penyimpan rahsia abadi pada pengkisahan yang belum usai! Gombak January 2020

Mengikat & Terikat

6 January 2020 Mengikat dan Terikat! Pandangan akhir itu Sangat aku takuti Kerana lagi lama aku melihat dan memandang Pandangan itu akan menimbulkan sesuatu yang akan mengikatku Dan sesuatu yang mengikat itu Amatlah memberatkan hatiku jika benar sudah terikat Lalu aku sukar untuk melepaskanmu! Gombak January 2020