:: 24 Mei 2011 ::
Abah pergi sudah kekasih hati mengadap Ilahinya Abah sesungguhnya kehilangan ini amat hebat sesudah 16 tahun emak meninggalkan kami kini engkau menyusul emak yang telah kembali pada penciptaNya Abah engkau kenangan kami engkau kegembiraaan kami engkau segalanya bagi kami dan kerana engkau kami ada Abah kesakitanmu tidak lama Abah, Allah menguji kami dengan meminjammu setelah 72 engkau diberi nikmat kehidupan Abah sakit rupanya setelah engkau tiada Abah sunyi rupanya kami setelah engkau pergi Abah hilang tawa timbul sendu menangisi pemergianmu dipagi nan indah dipagi nan merdu dengan belaian syahdu angin syurga engkau menutup mata seolah tidur nan lena tidak mahu dikejutkan lagi seolah tidak mahu diganggu lagi seolah engkau ingin mengecapi indahnya perjalananmu menemuiNya Abah... rindu sungguh hati ini Abah... sedih sungguh kepulanganmu kepadaNya Abah... kita terpisah diperbatasan waktu lenamu bersemadi di perkuburan sg. ramal.... ~24Mei2011~ @11.07 pagi hospital serdang wad 7C