Posts

Showing posts from July 31, 2011

:: Kebaikan Solat Untuk Kesihatan ::

Terapi solat mendapati keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan baik untuk golongan pesakit jantung. Solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dapat merawat Erektif Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan mmembuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang iaitu sewaktu sujud. Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang. sumber: iSIHAT (Ogos 2011)

:: remaja telah pergi ::

Image
terkadang seakan tidak tahu dari mana mahu bermula sedar-sedar... usia remaja telah melepasi sempadan waktu usia dewasa lagi matang memasuki era haruskah di kesali usia remaja yang berlalu kerana ada ruang waktu yang tidak terpenuhi seakan banyaknya keindahan remaja itu terbuang rasanya lajak gembira ... melalaikan jujurkah perjalanan remaja itu dengan cukup sekadar sahaja? dan hari dewasa itu datang adakah dikesali remaja yang pergi? ~jan2002~ windy

:: bicara luka ::

Image
pada bicara itu ada luka yang berdarah ada kata yang telah mungkir ada janji yang didustakan dan terpalit noda curiga di manakah sebenarnya penghidupan yang dijanjikan yang manisnya dahulu kini diterbangkan angin lalu tanpa suara sandiwara apa yang dilakonkan di depan engkau berdusta dalam sinar mata engkau menyimpan rindu pada yang lain lupakah akan keterbatasan yang perlu ada yang mana - benar di kebelakangkan dan; salah di kehadapankan coretan lama hanya memapah hiba geloranya jiwamu seakan muda semula berlagu riang tanpa ingat usia menginjak senja kini engkau ingin aku membawa langkah sendiri retaknya hatiku berbelah-belah dalam aliran luka tidak nampak ternyata rentak kita masih sama sekalipun berlainan lagu engkau hanyut dalam dunia nikmatmu mengaku bahagia sedangkan durjana kenapa sekarang diusulkan perlu teman untuk berbicara selain dari aku! kenapa jadi begitu? aku tahu hatimu sudah kepada yang lain jiwa engkau telah lama berpaut pada nikmat dunia yang tidak sempat engkau keca...

:: Buat Renungan Semua Agar Mati Tidak Menyesal ::

Dipetik dari Facebook Nota Kisah Rumahtangga untuk jadi panduan buat semua wanita agar berhati-hati dalam mentaati suami... dan panduan buat wanita-wanita yang perasan konon-konon bagus sangat buat tempat mengadu suami orang. Difahanmkan oleh Prof. Datuk Zaleha Kamaruddin, bahawasanya wanita Malaysia adalah wanita yang paling akur dan taat pada suami sekalipun menjadi mangsa suami yang tidak jujur. Masalah #241: Suami ku curang. Sorok telefon sebab privacy. oleh Kisah Rumah Tangga pada pada 16hb Jun 2011 pukul 5.13 ptg Ya Allah..kuatkan hati hambamu ini...dugaan apakah ini yg terpaksa ku lalui... Aku terlalu sygkan suami aku...seluruh jiwa raga diserahkan kepadanya...ibarat nyawaku..x berdaya ku lalui khdpn ini tnpa dirinya disisi..begitulah kuatnya cnta aku pd suami..tp bg diri suami aku..dendam kenangan lalu merosakkan kebhgian rumah tangga aku..silap sikit ada saja yg nak diungkit...knp kslhan aku nmpak tp bl kecurangannya aku ungkit dia ttp salahkan aku dan buat tak dengar apa yg ...

:: Aku ::

aku sentiasa mengharapkan adanya belas kasihMu terhadap aku hambaMu yang kerdil lagi hina ini kerana hanya kepadaMu sahaja tempat aku mengadu hanya kepadaMu sahaja tempat aku menitip rindu ingin segera bertemuMu bukan aku ingin menghindarkan dugaanMu tetapi setiap kesakitan itu terlalu menderaku kerana jika kasihkan manusia manusia cepat mungkir janji jika sayangkan manusia manusia cepat terlupa kisah lampau yang susah.. apalah lagi yang diharapkan kecuali aku sentiasa mendambakan kasihsayangMu Ya Rabb.. ~29july2011~