Kerana Engkau
Kerinduanku Aku cuba untuk tidak menangis lagi Aku ingin menjadi kuat Kuat jiwaku; kuat hatiku Tetapi sesungguhnya aku gagal Aku gagal untuk mengendalikan jiwa dan hatiku Aku kecundang untuk memujuk agar tidak bersedih dan mengenang masa lalu Lantas aku tewas dalam airmata penuh hiba Kerinduanku Alangkah payahnya menjadi aku Ke mana sahaja aku pergi dan berada Bayanganmu tidak pernah hilang walau sesaat Sentiasa ada di sisi Di belakang; di hadapan Dan; lalu singgah di dalam hatiku Lalu bagaimana aku harus melupakanmu? Kerinduanku Peritnya jiwa teringat kisah cinta kita yang ditinggalkan Kejamnya hati teringat sentiasa tentang cinta kita Tentang hajat Tentang impian Tentang angan angan Saat indah menyusun mimpi Lalu impian kita tidak kesampaian Kerinduanku Aku menjadi nanar untuk kesekian kalinya Rupanya tidak semua mimpi dan impian jadi nyata Tidak semua angan jadi realiti Ada jiwa yang terluka dan robek Punah impian dua keluarga lalu kecewa Alangkah k...