:: Selamat Hari Lahir - Buat Suamiku ::
suamiku
sesudah jam 12 malam
1 September
datang menjenguk lagi
suamiku
aku memanjatkan doa
selagi bernyawa
tiada kupinta apa-apa
darimu
selain daripada
kebaikan menerjah masa mendatang
tanpa jemu tanpa letih
dalam meladeni
kehidupan bersama
suamiku
aku sentiasa bersamamu
memanjat tangga-tangga umur
yang semakin meningkat ke puncak
sentiasa bersama
dalam kerahmatanNYA jua
suamiku
hidup ini masih jauh perjalanan waktunya
banyak simpang dan duri
dalam menerjahinya
maka berhati-hatilah
tipu daya dunia sentiasa mengelilingi
suamiku
jangan gusar dengan sedikit kesempitan
jangan mengeluh dengan sedikit ujian
kerana itu cumalah sedikit ujianNYA
kerana hidup tidak semudah yang kita rasakan
suamiku
maka itu
kita waspada selalu
jangan biarkan iman terlena seketika
lantas nafsu mencari kuasa
pantas mengejar dunia
lalai menjaga masa
lalu merantai hidup
suamiku
usah membeku lagi membisu
jika rasa terbuku
...