Posts

Showing posts from 2023

Bersimpuh sujud

Image
  Tuhan aku ingin duduk bersimpuh sujud bersunyi-sunyian denganMu membawa jasad membawa jiwa untuk dekat dan terus dekat kepadaMu Tuhan aku ingin menangis dan menangis meluah rasa meluah zahir meluah batin pada Engkau pemilik ruh dan jasad Tuhan  aku mohon redhaMu dalam memperjalankan pada tiap perjalananku dalam menuju ke negeri abadi 14.9.2023 @ 10:45 am DP

Sandar

Image
Sandarkan Hati Tuhan aku mohon kekalkan imanku - dalam Islam Kasihanilah akan aku jangan aku tersisih jauh dariMu jangan aku tergoyang dengan maya yang mengilau  jangan aku tergoda dengan hawa yang menjulang nafsu Berikan aku teguran demi teguran peringatan demi peringatan Jauhkan aku dari segala sifat - - riya, suma'ah dan sifat keji jauhkan dari hasad yang menjerami hati Peliharalah aku  dan janganlah aku termasuk di kalangan mereka yang rugi dan menyesal di kemudian hari dan alangkah ngerinya kehidupan itu nanti alangkah malangnya diri Tuhan, aku mengharapkan makfirahMu yang sentiasa hangat dalam rahmat dan redhaMu 1.11.2023 @16:38 DP

Terkadang

Image
  terkadang aku rasa cemburu apabila kerlinganmu menujah rasa terkadang aku rasa benci pada kerlingan itu terkadang aku rasa iri pada senyuman itu terkadang aku rasa kebencian ini  telah membuak-buak memenuhi di segenap ruang yang ada; kerana mengapa perlu ada rasa ini? 27.7.2010 @ 9:47 am Sri Costa, Melaka

Rapuh Hati

Image
  Seketika seluet keemasan Senja menapak pergi Bergiliran gelap malam Yang mulai bertandang diri Dalam teduh lesunya bulan Tersirat wajahmu Terpapar sungging kesedihan Seakan rasaku mati Dibawa pergi Duhai kekasih hati Duhai pujangga rasa Bangunkan jiwamu Berdirilah Berlarilah Peganglah dunia di tangan bukan di hati Jangan engkau simpan Rona penuh luka itu Bangunlah Tuhan pemilik alam Sentiasa ada Tersenyumlah Kerana aku ada untuk dirimu - sentiasa Duhai anakku 15 Rejab 1444H

Menyintai

Image
  mengutip pahala jika ada pada ruang-ruang kosong untuk dipenuhi mewangi kecintaan kepada Pencipta diri 6Feb2023 09:51

Sebuah Rindu

Image
  kerinduan ini terasa sangat panjang dan; tidak pernah mati dan; tidak percaya ianya berlalu pergi rindu engkau sentiasa aku kenang rindu engkau sentiasa aku ingat sentiasa ada dalam hati dan; engkau - kerinduan sentiasa hidup dalam sebuah jiwa 6 Julai 2018

Kegelisahan Diri

Image
Tuhan ada satu khabar yang membawa getar dan gigil jauh ke dalam diqalbu Tuhan beri  aku kekuatan kafarah itu penghapus dosa lalu mengapa aku takut? Tuhan pantas jantung berdenyut laju lelah terasa nafas bergolak inikah kalam akhir untukku? Tuhan sungguh terasa kelam dunia ini      runtuh dan lerai seluruh jiwa hingga kini tidak berhenti -  pada kegelisahan yang tidak bertepi 25 June 2018  14:42pm

Ujian

Image
  ujian kesenangan kita sering terlupa terlupa kita akan ... azab Allah terlupa kita untuk ... menangis terlupa kita untuk ... bertaubat dan.... kita sangat terlupa esok, masih adakah untuk kita? Subhanallah!!! 19.12.2022

Dosa

Image
meratap-ratap diri pada dosa-dosa yang lalu mengenang-ngenang akan banyaknya kekhilafan hidup lampau Tuhan dipenghujung garisan ini jasad tersangat letih dengan mehnah dunia sampaikan aku Tuhan pada garisan terakhir dalam aku bersujud padaMu lalu lisanku tanpa henti   dalam mengingatiMu 19.12.2022

Mengharap

Image
  Tuhan Sungguh aku sangat mengharapkan pada sebuah  kematian yang indah Tuhan tuntunlah aku pada saat pengakhiran dengan segala redhaMu Tuhan  jangan aku dihina ketika hidup dan juga ketika matiku tutupi setiap lubang-lubang aibku dan lagi aku pohon muliakan akan kematianku dengan rahmah dan kasih sayangMu 19.12.2022 Desa Putra

Terbang Tinggi

Image
Duhai Anak Aku menitipkanmu sehingga hilang dari pandangan ekor mataku Jauh engkau terbang tinggi gagah membelah awan biru Pulanglah Bila engkau terasa rindu Doaku Solat jangan ditinggalkan Berbuat baiklah kepada keluarga  Haiwan dan tumbuhan Nescaya engkau kesayangan Tuhan Usah melakar nesta Kelak engkau merana Jalan menuju syurga dipenuhi ranjau Berduri dan banyak halangannya Tempuhi dengan dada penuh iman Kelak Tuhan mengasihimu 24.12.2022 KLIA