Kerinduanku
Suatu ketika dahulu Aku pernah kehilangan engkau Pedih aku yang meninggalkan engkau Dengan pedih engkau yang aku tinggalkan Sakit dan peritnya sangat berbeza Engkau kutinggalkan dan terkapai kapai hidupmu Sedangkan aku mencipta bahagia dengan yang lain Kita pernah berjanji setia Lalu aku mungkiri segala hembusan angan kita Bertahun tahun Aku menelusuri setiap denai dan hutan rimba Mencari engkau yang aku tinggalkan Bertanya pada matahari dan angin Merayu pada bulan dan bintang Agar tunjukkan aku di mana engkau Sedih dan tangis membaluti lukaku Dalam setiap pencarian Aku tidak mengalah pada lelah Tidak tersungkur kerana penat Aku teruskan pencarian ini sekalipun aku jatuh dan bangun Lalu akhirnya Aku merayu pada Penciptaku Tunjukkan aku Temukan aku Lembutkan hatinya untuk ingat kepadaku Dan berharap masih ada rasa sedikit rindu dan sayangnya untuk aku Kerana beban rindu dan khilaf ini Sentiasa mengusung hidupku dan sangat memberatkan Sungguh, Allah men...