Posts

Showing posts from February 15, 2026

Seorang Hamba

Image
  Tuhan Aku ini hambaMu  datang dengan tangan kosong dan kelak pulang tanpa mengenggam di antara nafas yang Kau titipkan aku telah belajar tentang apa itu sabar Dan, apa itu tentang luka yang meneguhkan hati serta bagaimana tentang ianya jatuh yang menyedarkan. Bahawa, Aku ini bukan pemilik hari esok hanya pejalan yang Kau beri arah Jika langkahku goyah tegakkan dengan kasih-Mu Sebab aku ini hamba Tuhan yang kecil di hadapan-Mu namun besar dalam penjagaan-Mu sentiasa bergantung harap pada setiap helaan nafas  yang Engkau pinjamkan. Syaaban 1447 Desa Putra