Posts

Showing posts from September 12, 2010

:: Takut Api Neraka ::

Image
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali ...

:: Muadz bin Jabal cendekiawan Muslimin ::

MUADZ bin Jabal termasuk dalam golongan pertama yang masuk Islam. Beliau merupakan seorang pemuda yang mempunyai wajah yang berseri-seri, berperwatakan yang menarik, bergigi putih bersih dan menarik perhatian apabila melihatnya serta ketenangan jelas terpancar di wajahnya. Semasa Rasulullah mengambil bai'at dengan orang-orang Ansar pada Perjanjian Aqabah kedua, Muadz termasuk dalam ahli rombongan tersebut. Walaupun pada ketika itu usianya masih muda, namun kebijaksanaannya telah diakui dan amat menonjol terutama dalam bidang fikah. Rasulullah SAW sendiri juga pernah memuji kepintaran Muadz dan beliau juga mendapat pujian daripada para sahabat. Ketika usianya masih muda lagi, Muadz telah dilantik sebagai pemimpin agama bagi masyarakat Yaman. Namun begitu, sebelum beliau dihantar ke sana, Rasulullah telah menguji kepintarannya. "Apa yang menjadi pedomanmu dalam mengadili sesuatu, wahai Muadz?" tanya Rasulullah. "Kitabullah," ujar Muadz. "Jika tidak kamu temui...

:: Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW ::

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasul...

:: Jagalah Perut Dari Penyakit ::

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak seles a di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita . Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. 6 punca penyebab penyakit dari perut:- 1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik. 2. Terlalu berlebihan semasa makan. 3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudia...

Oh Abah!

13-september-2010 Raya ke-4 (monday) hampir jam 11 malam, hubby dikejutkan oleh panggilan dari my sister in-law informed abah sudden collapse. Ouch! why? My eyes yang hampir terlena terkejut! terus pening. Rushed ke rumah Salak, Sepang. Kak Long and her family is there. Angah on day way back from Pandan. Rahim on day way back from JB. Me and my siblings berkampung di Hospital Serdang till 4 am. It's mircale hospital lengang. Semua orang beraya ke? Sehabis Dr. Kumar pun berkata to my sister in-law ini adalah sesuatu yang pelik berlaku apabila kelengangan dari pesakit. Mungkin ini adalah hikmah. Memudahkan proses abah diperiksa. Syukur kepadaMu Ya Rabb. Sesampai di Salak, abah was sent to Hospital Serdang. Dapat info from Dr. Kumar (thanks Dr. to take care of my lovely abah) abah cuma kurang gula. Syukur! tak serius! tapi abah warded, kata Dr. nak follow-up the rest if ada apa-apa sakit lain sebab abah almost reach age 73. Abah seorang yang suka menjadi kesihatan diri. Selalu ke hosp...