Posts

Showing posts from 2010

:: Berselawatlah ::

Image
Banyak membaca selawat adalah penyebab yang kuat untuk terang hati dan menambahkan daya ingatan. Abu Hurairah r.a. berkata, “Siapa takutkan kelupaan dirinya, maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.” Rasullullah s.a.w. sendiri pun pernah bersabda, “Selawat kepadaku itu adalah nur di dalam hati, nur di dalam kubur dan nur di Titian As-Sirat.”

24-October-2010

Serasa seakan tidak sabar menunggu 24-October-2010 segeralah waktu berlalu pergi agar 24-October-2010 datang segera Labaikallah huma labaikallah Ya Rabb kusambut salamMu Ya Rabb kerinduanku terubat Ya Rabb pohonku permudahkan atas segalanya Ya Rabb dalam sendu aku merinduMu

:: Selamat Hari Lahir :: 22-September-2010

selamat hari lahir terlalu istimewa ucapan ini buat anakku Nur Afifah Hj. Jasri hadirmu pengubat duka pendekat jarak jauh pencantum kasih penyambung kebahagiaan penyeri keluarga anakku; nur afifah! jadilah insan mulia dikasihi Allah disayangi manusia disenangi ummi ayah anakku; nur afifah! jagalah akhlakmu jagalah perilakumu jagalah akhlakmu jadilah anak yang disenang ummi ayah anakku; nur afifah keletahmu menghiburkan garangmu menakutkan kasihmu menyejukkan jadilah anak yang disenangi ummi ayah anakku; nur afifah lapan kehadiranmu ditunggu engkau penyeri kebahagiaan engkau penyaman kesakitan engkau belahan jiwa ummi ayah jadilah anak yang disenangi ummi ayah anakku; nur afifah kelak dewasa jadilah wanita solehah penyejuk mata dan hati kami jadilah wanita tabah kerna dunia mendatang cabarannya amat menyakitkan anakku; nur afifah engkau permata hati kami doa kami sepanjang hayat kebahagiaan dunia akhirat jadilah insan yang diredhaiNya Insha Allah; hidup selamat dunia akhirat... ~22septe...

:: Takut Api Neraka ::

Image
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali ...

:: Muadz bin Jabal cendekiawan Muslimin ::

MUADZ bin Jabal termasuk dalam golongan pertama yang masuk Islam. Beliau merupakan seorang pemuda yang mempunyai wajah yang berseri-seri, berperwatakan yang menarik, bergigi putih bersih dan menarik perhatian apabila melihatnya serta ketenangan jelas terpancar di wajahnya. Semasa Rasulullah mengambil bai'at dengan orang-orang Ansar pada Perjanjian Aqabah kedua, Muadz termasuk dalam ahli rombongan tersebut. Walaupun pada ketika itu usianya masih muda, namun kebijaksanaannya telah diakui dan amat menonjol terutama dalam bidang fikah. Rasulullah SAW sendiri juga pernah memuji kepintaran Muadz dan beliau juga mendapat pujian daripada para sahabat. Ketika usianya masih muda lagi, Muadz telah dilantik sebagai pemimpin agama bagi masyarakat Yaman. Namun begitu, sebelum beliau dihantar ke sana, Rasulullah telah menguji kepintarannya. "Apa yang menjadi pedomanmu dalam mengadili sesuatu, wahai Muadz?" tanya Rasulullah. "Kitabullah," ujar Muadz. "Jika tidak kamu temui...

:: Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW ::

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar." Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu." Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasul...

:: Jagalah Perut Dari Penyakit ::

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak seles a di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita . Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. 6 punca penyebab penyakit dari perut:- 1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik. 2. Terlalu berlebihan semasa makan. 3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudia...

Oh Abah!

13-september-2010 Raya ke-4 (monday) hampir jam 11 malam, hubby dikejutkan oleh panggilan dari my sister in-law informed abah sudden collapse. Ouch! why? My eyes yang hampir terlena terkejut! terus pening. Rushed ke rumah Salak, Sepang. Kak Long and her family is there. Angah on day way back from Pandan. Rahim on day way back from JB. Me and my siblings berkampung di Hospital Serdang till 4 am. It's mircale hospital lengang. Semua orang beraya ke? Sehabis Dr. Kumar pun berkata to my sister in-law ini adalah sesuatu yang pelik berlaku apabila kelengangan dari pesakit. Mungkin ini adalah hikmah. Memudahkan proses abah diperiksa. Syukur kepadaMu Ya Rabb. Sesampai di Salak, abah was sent to Hospital Serdang. Dapat info from Dr. Kumar (thanks Dr. to take care of my lovely abah) abah cuma kurang gula. Syukur! tak serius! tapi abah warded, kata Dr. nak follow-up the rest if ada apa-apa sakit lain sebab abah almost reach age 73. Abah seorang yang suka menjadi kesihatan diri. Selalu ke hosp...

:: Selamat Hari Lahir :: 01-09-2010

Image
selamat hari lahir buat suami yang disayangi lagi dikasihi kerana telah menjadi suami yang baik kepada aku seorang isteri suamiku! terima kasih atas pengorbananmu terima kasih atas bimbinganmu terima kasih atas kasih sayangmu terima kasih atas tunjuk ajarmu terima kasih kerana telah menjadi ayah bertanggungjawab kepada anak-anak terima kasih atas kemaafanmu suamiku! akulah rusukmu yang hilang akulah permaisuri teman lenamu akulah teman setiamu akulah tempat mengadumu akulah tempat sandaran letihmu kerana aku adalah kekasihmu! suamiku! maaf! kiranya ada kekasaran yang menyakitkan maaf! kiranya ada kekasaran yang memedihkan maaf! kiranya ada ketidakpuasan di dalam hati maaf! kiranya ada ketidaksopanan tingkahlaku kerana itu aku memohon maaf atas segalanya! suamiku! engkau sanjungan jiwa engkau pahlawan hati engkau teman dunia akhirat.... 01-sep-2010 @408 am

:: Rindu Panjang Terlerai Sudah ::

Image
Kata-kata berikut telah mengimbau ingatan kepada kenangan semasa di sekolah, jauh rupanya kenangan ini telah ditinggalkan, tapi kuasa Allah siapalah yang tahu. Segala dalam genggamanNya. Terima kasih kerana telah mengembalikan semula kenangan ini. Alhamdulillah! " .... believe it or not, I always remember you, thinking where you are. We were so close. Ha ha very nostalgic. but that was yesteryears. and we have our own sets of friends now. But now please do keep in touch. Of course it will not be the same... BTW are you still the same old Ita who likes to laugh a lot? asyik ceria aje.... you certainly brought a lot of laughter to people around you.... "

:: Selamat Hari Lahir :: 20-Julai-2010

selamat hari lahir amjad yang membawa maksud; mulia, soleh, lebih mulia nama yang indah untuk disebut nama yang menggembirakan untuk dihayati amjad nama yang disarankan oleh seorang ustaz ketika belajar tafsir surah al-Baqarah katanya; sesiapa yang mendapat anak lelaki adalah baik jika sekiranya anak lelaki diberikan nama ~muhammad amjad~ tiada terbetik untuk menanti kelahiran lagi tapi kuasa Allah siapa yang tahu lalu diizinkan untuk melahirkan kamu wahai muhammad amjad muhammad amjad engkau anak kebanggaan kami engkau kegembiraan kami engkau kukuhan kasih sayang kami engkau penghibur kami engkau amanah buat kami muhammad amjad rambutmu digugurkan dibumi mulia@mekah jadilah engkau sekuat dan segagah syuhada-syuhada Allah ambilah semangat yang telah ditinggalkan terus menuju ke hadapan dengan rasa berani dengan iman penuh di dada toleh ke belakang sebagai panduan; kerana duri ranjau penuh di setiap laluan 20-julai-2010@11.05pm@4.5kg@pusat rawatan az-zahra, bb bangi saat terdengar tang...

:: Selamat Hari Lahir :: 28-June-2010

Image
anakku selamat hari lahir doa dan pintaku jadilah engkau wahai anak seorang manusia yang berguna dan yang mulia disisi Allah jadilah engkau wahai anak seorang manusia yang bersifat kasih sayang antara sesama manusia sepertimananya Rasulullah sentiasa mengasihi umatnya jadilah engkau wahai anak seorang manusia yang memberi kegembiraan kepada semua orang sekalipun engkau disakiti seperti gembiranya kami menyambut kelahiranmu jadilah engkau wahai anak seorang manusia yang berjiwa besar yang berjiwa waja yang berjiwa gagah yang berjiwa tenteram yang berjiwa perkasa yang berjiwa teguh ambillah semangat syuhada-syuhada di Jabal Uhud wahai anakku jadilah engkau seorang anak yang baik di mata kedua ibubapamu seorang anak yang berjasa kepada kedua ibubapamu seorang anak yang dapat menggembirakan hati ibubapamu wahai anakku dewasa sudahlah kiranya engkau engkau pujian hati kami engkau dambaan kami engkau lambang cinta luhur kami engkau lambang kasih sayang kami engkau adalah amanah buat kami wa...

:: Ngantuk! ::

Image
mengapa mengantuk? janganlah mata engkau mengantuk mengantuk pergilah menjauh berilah ruang pada mataku terbuka walaupun sedikit mengantuk pergilah! tidak tertanggung rasanya apabila engkau menghampiriku! ~november2009~ bagan lalang

:: Menanti ::

Image
sedikit terkeliru dengan perasaan mana mampu menipu diri ketetapan jadi realiti hidup meniti hari panggilan Illahi jadi tungguan untuk menuju ke akhirat alam yang lebih abadi lagi diredhai lagi dirindui perasaan pergilah menjauhlah kerisauan jasad jadi taruhan mencari nikmat limpahan kasih sayangMU ~28june2010~ kurnia's office@5pm

:: Perpisahan ::

Image
kau datang mengundang sengsara mengundang derita jua mengundang rindu! ~june2010~ gombak

:: Rindu ::

Image
... rindu itu jatuh jua; ... bergolak menuju; ... ke dasar. ... lalu berapungan berlabuh; ... dipelabuhan; ... yang dalam; ... tiada penghuni. ... gelap, kelam; ... menuju tanpa haluan ... ~05march10 senate hall@345pm

:: Hadith = Al-Bukhari ::

Image
... sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua hal ... riwayat al-bukhari ~jun2010~

:: Hadith Qudsi ::

Image
Allah SWT menyatakan kepada Rasulullah: "... Wahai Muhammad, kalau tidak kerana kasih-sayangKu kepadaMU, takkan Kujaadikan dunia ini ..." ~05march2007~ 02:18 pm

... semalam nan indah ...

Image
semalam terdengar suara teman yang telah terpisah sejak meninggalkan dunia persekolahan. terlalu lama rupanya kenangan itu untuk dikenang kembali. sungguh terlalu lama tidak mendengar suaranya apatah lagi bertemu. sungguh besar kuasaMu Ya Allah siapalah yang tahu! semalam bercerita melalui ruang tanpa sempadan telah mengembalikan semula kenangan indah semasa di sekolah. dia seorang ketua pengawas. dia seorang sahabat yang baik. kami semua berpisah mengikut haluan masing-masing. begitulah ketentuan Allah, segala dalam genggamanNya. begitulah kehidupan! kerana ia seperti pelangi nan indah sewaktu hujan hendak turun! sudah 27 tahun rupanya! ~10june2010~ gombak

... sepi ...

Image
kucampak-kan kebencianku pada malam sepi keterjah berlari menentang sengsara kuhayun kehidupan penuh derita penuh kepayahan diri menjadi tunggul menjadi api membara terus menjadi debu melangkau kehidupan hakiki ~22april2010~ 10.05 malam

31-May-2010 pergi - - - 1 June 2010 Datang Lagi

Image
Seperti adatnya hukum putaran hidup yang lama ada yang baru, yang datang silih berganti. Mandat yang diberi perlulah dilaksanakan sebaik mungkin, begitulah hukumnya alam. ACSD setelah 3 tahun diterajui oleh wajah perempuan, kini tibalah masanya diterajui semula oleh wajah lelaki. Diharapkan bersamalah kita semua untuk menambahbaikkan lagi mandat yang sediaada dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Terima kasih di ucapkan buat Dr. F, yang selama ini bersama mengharungi perjalanan di ACSD terima kasih atas segala nasihat, segala pandangan jua atas segalanya. Dan diharapkan kepada Dr. W dapat meneruskan perjuangan yang sediaada, kami semua sentiasa memberikan kerjasama dan sepenuh tenaga untuk pembangunan ACSD. Bagi perpisahan yang datang, terasa kesedihan yang dirasa, 3 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek, segalanya kita bersama. Buat Dr. F terimalah: Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan Jua buat tatapan Dr. W...

~ 'Umar Abdul Aziz ~

Image
pergi sudah pemimpin agung yang berjiwa suci pulanglah engkau wahai khalifah Allah kepada Tuhanmu Oh! Umar Abdul Aziz sekadar 39 tahun umurmu dipinjamkan olehNya soalnya ada lagikah UMAR ABDUL AZIZ selepasmu? seorang yang tawadu' seorang yang rendah diri terlalu agung sifatmu wahai Umar Abdul Aziz ~ 23march2010@impian morib hotel, banting~

... ucapan berharga .. 9-mei-2010

seperti biasa hari ibu datang lagi, kusambut dengan ingatan yang amat tulus buat ibuku yang telah meninggalkan alam maya ini. rindunya kepada ibu seakan tidak tertanggung. pagi itu, ucapan dari anak-anak dan keluarga diterima. sedikit rasa tersentuh dengan ucapan dari kak long dan angah; message kak long; Aminnn.. Selamat hari Ibu. Moga jadi ibu yang terbaik pada anak-anak. Penuh kesabran dan ketabahan dalam mendidik anak-anak. message angah; Assalamu'Alaykum. Selamat hari ibu dan terima kasih di atas segala pengorbanan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu. buat anak-anak, kak long and angah, terima kasih atas ingatan. dipanjatkan segala kesyukuran dan al-Fatihah buat ibu tercinta, amanlah engkau di sana...

... dikuburan ...

tetiba dilaluan kubur itu terhenti sejenak terfikir andai kata bongkah kubur itu bangunlah penghuninya dengan pelbagai rupa dengan pelbagai bau dengan pelbagai ragam dengan pelbagai keinsafan! sanggupkah aku menunggu? bertanya tentang bahagia? bertanya tentang derita? bertanya tentang rakib bertanya tentang atib sanggupkah aku menunggu mendengar akan segala kebahagian atau jua kesengsaraan yang menginsafi kejadian lalu? 10-mac-2010 10:30am@onthewaytokuantancampus

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Jemputan Yang Sungguh Mengharukan !

Image
Maka, perjalanan pun bermula... Dicop dan disahkan oleh Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, bagi membuktikan nya. Pejabat pos Bandar Baru Bangi adalah yang menjadi penghantarnya. Hanya ucapan kesyukuran yang dipanjatkan kepadaNya. Tiada mampu untuk berkata-kata di atas penerimaan yang maha agung ini. Maka berduyun-duyunlah mendaftarkan diri bagi mendalami lagi ilmu yang sediada. Ya Rabb, rinduku makin meronta-ronta terimalah kedatangan hambamu Ya Rabb, terlalu rindu aku pada rumah tuaMu senantiasa menggamitku memanggilku sepanjang masa seakan terasa sentiasa mengeliling baitullahMu seakan terdengar zikir memuji kebesaranMu disetiap ruang yang ada di dalam rumah agungMu! http://www.youtube.com/watch?v=yc1R-EBcdao&feature=related

Hari Lahir - 10 April 2010

Image
Salam to all, Terasa terharunya perasaan apabila mendapat ucapan yang tulus lagi mulus dari rakan-rakan yang sangat baik hati dengan menghantar melalui email ataupun panggilan telephone jua tidak ketinggalan sms. Sesungguhnya benar-benar beruntung aku merasakan kenikmatan menyambut kedatangan hari lahir ini. 1. Assalam Kak Nora... Selamat harilahir.... Semoga dirahmati ALLAH hendaknya... Ahmad Nizam B. Amran(12-apr-2010)(Delete Wishes) 2. Happy Birthday kak nora...semoga dimurahkan lagi rezeki & diBerkati...AmminnNN Azlien Bt Ab Rashid(12-apr-2010)(Delete Wishes) 3. Salam.. semoga panjang umur kurniaan Ilahi dipenuhi kebaikan dunia akhirat. Azman Bin Asri(12-apr-2010)(Delete Wishes) 4. Happy Besday Kak Nora, Semoga panjang umur murah rezeki & Happy2 slalu. Farhanah Bt. Zainuddin(12-apr-2010)(Delete Wishes) 5. happy birthday yg k brape ni..hem..hem.. Farikah Bt. Mohamad Yusof(12-apr-2010)(Delete Wishes) 6. Happy Birthday ! Hamdan Bin Adnan(12-apr-2010)(Delete Wishes) 7. Happy Bi...

January 4 - 8, 2009 cuti yang panjang

Image
tahun baharu 2010 minggu pertama aku mengambil cuti yang agak panjang... memang panjang, kerana aku jarang sekali untuk mengambil cuti sebegitu .. bercuti kerana ingin menghantar anak bongsu ke sekolah, yang tidak pernah aku lakukan selama ini... segala-galanya sebelum ini adalah terletak di bahu hubbyku... wow! peace from office work! amjad anak yang baik! januari 4 - 7 pagi pagi sekolah agama. senang dan mudah bangun pagi. mungkin excited untuk menghadirkan diri ke sekolah. agakkan aku sahaja. dalam hatinya mungkin bermacam rasa. aku menunggu sehingga tiba waktu rehat. amjad beratur. aku terus mendapatkan tempat duduknya. dia merungut. kenapa ramai sangat orang. sambil makan terus berkata 'sekolah petang amjad nak bawa bekal'. sesi pagi tamat jam 11. 1130 am aku masak sambal udang untuk bekal amjad. dia suka. tak pernah lupa mengucapkan 'terima kasih ummi'. ucapan itu membuatkan aku bangga. kesemua anak-anakku begitu. ke sekolah petang jam 1245 tengahari. sampai seko...