kerinduan ini terasa sangat panjang dan; tidak pernah mati dan; tidak percaya ianya berlalu pergi rindu engkau sentiasa aku kenang rindu engkau sentiasa aku ingat sentiasa ada dalam hati dan; engkau - kerinduan sentiasa hidup dalam sebuah jiwa 6 Julai 2018
Tuhan ada satu khabar yang membawa getar dan gigil jauh ke dalam diqalbu Tuhan beri aku kekuatan kafarah itu penghapus dosa lalu mengapa aku takut? Tuhan pantas jantung berdenyut laju lelah terasa nafas bergolak inikah kalam akhir untukku? Tuhan sungguh terasa kelam dunia ini runtuh dan lerai seluruh jiwa hingga kini tidak berhenti - pada kegelisahan yang tidak bertepi 25 June 2018 14:42pm