Aku PerluMu- Tuhan
Tatkala malam berselimut kelam Hati merintih- jauh dalam diam Mencari cahaya kasihMu Dalam memikul dosa tidak tertanggung Tiada daya, tiada kuasa Mencari rahmatMu yang tiada tara Kerana dunia yang fana' ini sentiasa menggoncang jiwa Namun kasihMu tetap menyapa, Hamba bersujud dalam tangis, Tuhan, Tangis ini bukan keluhan Tetapi sifat hamba menyesal kisah lalu Mencari - memohon ampun- memohon kasih Berkali-kali dan terus berkali-kali Dalam harap pintuMu tidak pernah tertutup Sehingga nafasku ternoktah Hospital Cyber 29 Aug 2025