:: Sepanjang Perjalanan ::
Syukur ke hadratNya, kerana telah menjemput kami suami-isteri untuk mengunjungi rumah tua ini untuk yang kesekian kalinya. Tiada ucapan yang mampu terlafaz dengan kata-kata kecuali ucapan syukur alhamdulillah, sebagai tanda. Namun kerinduan pada rumah tua ini tidak pernah akan padam. Sentiasa bermain di hati untuk mengunjunginya lagi dan lagi. Insha Allah.