:: Selamat Hari Lahir :: 01-09-2010
selamat hari lahir buat suami yang disayangi lagi dikasihi kerana telah menjadi suami yang baik kepada aku seorang isteri suamiku! terima kasih atas pengorbananmu terima kasih atas bimbinganmu terima kasih atas kasih sayangmu terima kasih atas tunjuk ajarmu terima kasih kerana telah menjadi ayah bertanggungjawab kepada anak-anak terima kasih atas kemaafanmu suamiku! akulah rusukmu yang hilang akulah permaisuri teman lenamu akulah teman setiamu akulah tempat mengadumu akulah tempat sandaran letihmu kerana aku adalah kekasihmu! suamiku! maaf! kiranya ada kekasaran yang menyakitkan maaf! kiranya ada kekasaran yang memedihkan maaf! kiranya ada ketidakpuasan di dalam hati maaf! kiranya ada ketidaksopanan tingkahlaku kerana itu aku memohon maaf atas segalanya! suamiku! engkau sanjungan jiwa engkau pahlawan hati engkau teman dunia akhirat.... 01-sep-2010 @408 am