30 November 2022
30 November Terima kasih Tuhan Atas nikmat yang tertangguh Terima kasih Tuhan Merasai keibuan dalam diri Terima kasih Tuhan Merasai nikmat dan indahnya melahirkan Terima kasih Tuhan Atas anugerah yang tidak terucap Lafaz syukur tanpa henti Terima kasih Tuhan Sesungguhnya amanah ini sangat suci Tiap saat dan waktu Tiada hari yang tidak menggembirakan Saban waktu ditunggu melihat … tawamu dan riangmu … rajuk dan tangismu Duhai anakanda kesayangan Dalam meniti usia mematangkan diri Kuatlah ketika memijak ranting-ranting kehidupan Kerana dunia ini penuh dengan rambu-rambu yang warnanya pelbagai Sekalipun indah kadang tertusuk racun bisa Jalannya sukar dan likunya payah Kukuhkan iman, kuat dan tabah dalam mendidik diri menjadi insan kamil Hanyasanya kepada Dia sahaja pengabdian diri Duhai puteri kesayangan, Percayalah Tiada hari tanpa doa untukmu sentiasa Tanpa terputus tanpa terungkai Selagi mana nyawa berbalut jasad Keberkahan hidupmu sentiasa di dahulukan Terakhir pesan ...