:: Selamat Hari Lahir :: 20-Julai-2010
selamat hari lahir
amjad yang membawa maksud; mulia, soleh, lebih mulia
nama yang indah
untuk disebut
nama yang menggembirakan
untuk dihayati
amjad
nama yang disarankan oleh seorang ustaz
ketika belajar tafsir surah al-Baqarah
katanya;
sesiapa yang mendapat anak lelaki
adalah baik jika sekiranya
anak lelaki diberikan nama
~muhammad amjad~
tiada terbetik
untuk menanti kelahiran lagi
tapi kuasa Allah siapa yang tahu
lalu diizinkan untuk melahirkan
kamu wahai muhammad amjad
muhammad amjad
engkau anak kebanggaan kami
engkau kegembiraan kami
engkau kukuhan kasih sayang kami
engkau penghibur kami
engkau amanah buat kami
muhammad amjad
rambutmu digugurkan
dibumi mulia@mekah
jadilah engkau
sekuat dan segagah syuhada-syuhada Allah
ambilah semangat yang telah ditinggalkan
terus menuju ke hadapan
dengan rasa berani
dengan iman penuh di dada
toleh ke belakang
sebagai panduan; kerana
duri ranjau penuh di setiap laluan
20-julai-2010@11.05pm@4.5kg@pusat rawatan az-zahra, bb bangi
saat terdengar tangismu
hilang segala kesakitan
hilang segala lelahku
sesungguhnya
engkau kegembiraan kami
engkau nantian kami
engkau hadiah kami dariNya!
maka
jadilah engkau
jua doa kami
anak yang berjiwa perkasa
dalam menuju ke jalan
yang diredhai
~20julai2010~
gombak
amjad yang membawa maksud; mulia, soleh, lebih mulia
nama yang indah
untuk disebut
nama yang menggembirakan
untuk dihayati
amjad
nama yang disarankan oleh seorang ustaz
ketika belajar tafsir surah al-Baqarah
katanya;
sesiapa yang mendapat anak lelaki
adalah baik jika sekiranya
anak lelaki diberikan nama
~muhammad amjad~
tiada terbetik
untuk menanti kelahiran lagi
tapi kuasa Allah siapa yang tahu
lalu diizinkan untuk melahirkan
kamu wahai muhammad amjad
muhammad amjad
engkau anak kebanggaan kami
engkau kegembiraan kami
engkau kukuhan kasih sayang kami
engkau penghibur kami
engkau amanah buat kami
muhammad amjad
rambutmu digugurkan
dibumi mulia@mekah
jadilah engkau
sekuat dan segagah syuhada-syuhada Allah
ambilah semangat yang telah ditinggalkan
terus menuju ke hadapan
dengan rasa berani
dengan iman penuh di dada
toleh ke belakang
sebagai panduan; kerana
duri ranjau penuh di setiap laluan
20-julai-2010@11.05pm@4.5kg@pusat rawatan az-zahra, bb bangi
saat terdengar tangismu
hilang segala kesakitan
hilang segala lelahku
sesungguhnya
engkau kegembiraan kami
engkau nantian kami
engkau hadiah kami dariNya!
maka
jadilah engkau
jua doa kami
anak yang berjiwa perkasa
dalam menuju ke jalan
yang diredhai
~20julai2010~
gombak
Comments
Post a Comment