:: Selamat Hari Lahir :: 01-09-2010
selamat hari lahir
buat suami
yang disayangi lagi dikasihi
kerana telah menjadi
suami yang baik
kepada aku seorang isteri
suamiku!
terima kasih atas pengorbananmu
terima kasih atas bimbinganmu
terima kasih atas kasih sayangmu
terima kasih atas tunjuk ajarmu
terima kasih kerana telah menjadi ayah bertanggungjawab kepada anak-anak
terima kasih atas kemaafanmu
suamiku!
akulah rusukmu yang hilang
akulah permaisuri teman lenamu
akulah teman setiamu
akulah tempat mengadumu
akulah tempat sandaran letihmu
kerana aku adalah kekasihmu!
suamiku!
maaf! kiranya
ada kekasaran yang menyakitkan
maaf! kiranya
ada kekasaran yang memedihkan
maaf! kiranya
ada ketidakpuasan di dalam hati
maaf! kiranya
ada ketidaksopanan tingkahlaku
kerana itu
aku memohon maaf
atas segalanya!
suamiku!
engkau sanjungan jiwa
engkau pahlawan hati
engkau teman dunia akhirat....
01-sep-2010
@408 am
Comments
Post a Comment