:: 24 Mei 2011 ::

Abah
pergi sudah kekasih hati
mengadap Ilahinya


Abah
sesungguhnya kehilangan ini
amat hebat
sesudah 16 tahun
emak meninggalkan kami
kini engkau menyusul
emak yang telah kembali
pada penciptaNya


Abah
engkau kenangan kami
engkau kegembiraaan kami
engkau segalanya
bagi kami
dan kerana
engkau kami ada

Abah
kesakitanmu tidak lama
Abah, Allah menguji kami
dengan meminjammu
setelah 72 engkau diberi
nikmat kehidupan

Abah
sakit rupanya setelah
engkau tiada

Abah
sunyi rupanya kami
setelah engkau pergi

Abah
hilang tawa
timbul sendu
menangisi pemergianmu
dipagi nan indah
dipagi nan merdu
dengan belaian syahdu
angin syurga
engkau menutup mata
seolah tidur nan lena
tidak mahu dikejutkan lagi
seolah tidak mahu diganggu lagi
seolah engkau ingin
mengecapi indahnya
perjalananmu menemuiNya


Abah...
rindu sungguh hati ini

Abah...
sedih sungguh
kepulanganmu kepadaNya

Abah...
kita terpisah diperbatasan waktu
lenamu bersemadi
di perkuburan sg. ramal....



~24Mei2011~
@11.07 pagi
hospital serdang
wad 7C

Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati