:: Rosak! ::

kepala otak!
itu ayat biasa

pergi mampus dengan protokol engkau!
itu pun ayat biasa

engkau ingat hebat
sangat hidup engkau
dengan protokol
itu pun juga ayat biasa

kerana aku
sentiasa ingat
bahawa aku
bukan siapa-siapa
apatah lagi untuk mengajar
yang ilmu hanya sejengkal
mana kan mungkin lautan hendak
didayung

sekadar cebisan
sebagai ingatan
bukan mengajar
tapi selalu disalahertikan

entah!

segalanya sudah biasa
aku jadi mangli

sekalipun
hatiku sering terpelanting
kerana sakit!



~24-sep-2011~
banting@11am

Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati