:: Terpaku Kaku ::


38m 13s 
Detik seketika itu sangat indah 
Saat petang menganjak pergi
Sapaan itu satu kejutan
Hilang segala sakit pedihku
Dalam mencarimu
Hilang lelahku selama ini 
Dalam mengingatimu

Kasih
Indah nian kurasakan kini
Moleknya berbicara mengingati kisah kita
Malu dan rindu bertapak rasa
Suara engkaukah itu?
Salam diberi lalu disambut

Aku!!! Seketika duniaku senyap sunyi
Sesaat terpegun kaku
Kelu bicaraku
Lalu jantung tidak pandai mengatur cara
Sejuk dihatiku
Debar menguasai diri
Kasih
Engkaukah yang bersuara itu

Kini engkau kembali membawa rinduku semula 
Benih benih indah dahulu 
Kini berbunga segar
Hadir hiasi hati 
Kasih
Aku ingin menikmati keindahan ini
Dengan tidak bermimpi seketika cuma
Selepas malam yang panjang 
Aku ingin engkau ada denganku
Kerana di setiap gumpalan rinduku engkau tidak pernah mati
Dan
Aku ingin berlari bersama mengejar pasir di bibir pantai
Sambil mencipta bahagia

Kasih 
Bayu yang menerpa petang ini
Ku titipkan rasa yang tidak pernah padam dari dadaku
Ku selitkan sayang ini yang batuannya tidak terhitung 
Kasih
Kerinduan ini ku buat untaian nan panjang tanpa hitungan rasa
Kerana aku tidak mahu kehilanganmu lagi

Kasih
Rentak hatiku kini kembali ceria
Kerna cinta kembali pulang 
Ingin ku bangun esok harinya dengan suria menyinar alam
Tanpa ada duka dan kecewa

Terima kasih, Kekasih!!! 


08 November 2017
Gombak

Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati