Kerinduanku
Suatu ketika dahulu
Aku pernah kehilangan engkau
Pedih aku yang meninggalkan engkau
Dengan pedih engkau yang aku tinggalkan
Sakit dan peritnya sangat berbeza
Engkau kutinggalkan dan terkapai kapai hidupmu
Sedangkan aku mencipta bahagia dengan yang lain
Kita pernah berjanji setia
Lalu aku mungkiri segala hembusan angan kita
Bertahun tahun
Aku menelusuri setiap denai dan hutan rimba
Mencari engkau yang aku tinggalkan
Bertanya pada matahari dan angin
Merayu pada bulan dan bintang
Agar tunjukkan aku di mana engkau
Sedih dan tangis membaluti lukaku
Dalam setiap pencarian
Aku tidak mengalah pada lelah
Tidak tersungkur kerana penat
Aku teruskan pencarian ini
sekalipun aku jatuh dan bangun
Lalu akhirnya
Aku merayu pada Penciptaku
Tunjukkan aku
Temukan aku
Lembutkan hatinya untuk ingat kepadaku
Dan berharap masih ada rasa sedikit rindu dan sayangnya untuk aku
Kerana beban rindu dan khilaf ini
Sentiasa mengusung hidupku dan sangat memberatkan
Sungguh, Allah mendengar rayuan hambanya
Dan,
akhirnya engkau kutemui
Tuhanku
Terima kasih kerana dia hampir denganku
Tetapi sukar ku sentuh
Ingin kuubati dan kumiliki semula hatinya
Namun apakan dayaku
Dia bukan milikku lagi
Aduhai...
Kerinduanku
5 January 2018
12:44
Gombak

Comments
Post a Comment