kerinduan itu sukar untuk dibendung
tersakit aku dalam mengendungnya
ke hulu ke hilir kubawa
kuusung ke mana sahaja
namun ianya masih terkendong
tidak mahu melepaskan rasa ini
alangkah payahnya menjadi seorang aku
mengurung rindu hingga ke hujung
sehingga aku sehampir tumbang
oleh kerananya
Tuhan,
kepada-Mu aku mengharapkan
untuk bertemu-Mu membawa rindu yang tidak pernah
habis ini.
Rindunya aku kepada-Mu semakin sarat dan membuak-buak
sehingga aku hampir kelemasan
dalam menunggu waktuku!!!
13 June 2019
Gombak | 9:24




Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati