Daya
Hati usah engkau gundah dan galau
usah berkeluh kesah
usah difikirkan kerana disakiti
usah ditangisi kepayahan itu
juga, usah disedihkan kesayuan yang meraja yang menikam lumat
Duhai hati
Sekalipun engkau telah tersakiti
Lalu menghiris dan menghancurkan
Namun, harungilah kesedihan dan kepayahan ini dengan daya
Kerana Tuhan tidak pernah melepaskan engkau
daripada pelukan kasih-Nya
Dekatilah, hampirlah kepada-Nya
Nescaya engkau wahai hati akan tenang.
Tuhan, Engkau penyembuh
hantarkan pada hati ini kekuatan
peganglah hati ini dari berbolak-balik
Sesungguhnya keredhaan-Mu ingin kumiliki.
3 March 2020
IIUM Gombak | 10:00 am

Aminnn... missing your posts on Instagram..
ReplyDelete