30 November 2022


 30 November 


Terima kasih Tuhan

Atas nikmat yang tertangguh

Terima kasih Tuhan

Merasai keibuan dalam diri

Terima kasih Tuhan

Merasai nikmat dan indahnya melahirkan

Terima kasih Tuhan 

Atas anugerah yang tidak terucap

Lafaz syukur tanpa henti

Terima kasih Tuhan

Sesungguhnya amanah ini sangat suci

Tiap saat dan waktu

Tiada hari yang tidak menggembirakan

Saban waktu ditunggu melihat

… tawamu dan riangmu

… rajuk dan tangismu


Duhai anakanda kesayangan

Dalam meniti usia mematangkan diri

Kuatlah ketika memijak ranting-ranting kehidupan

Kerana dunia ini penuh dengan rambu-rambu yang warnanya pelbagai

Sekalipun indah kadang tertusuk racun bisa

Jalannya sukar dan likunya payah

Kukuhkan iman, kuat dan tabah dalam mendidik diri menjadi insan kamil

Hanyasanya kepada Dia sahaja pengabdian diri


Duhai puteri kesayangan,

Percayalah

Tiada hari tanpa doa untukmu sentiasa

Tanpa terputus tanpa terungkai

Selagi mana nyawa berbalut jasad

Keberkahan hidupmu sentiasa di dahulukan


Terakhir pesan untukmu

Dan sentiasalah  berpegang pada dahan tauhid

Tunjangnya kukuh akarnya kuat

Sekalipun angin deras, kencangnya hujan

Engkau tetap selamat dan tidak berpaling


Duhai belahan jiwa, kekasih hati 

Dambaan umi ayah

Selamat ulang tahun kelahiran

Nur Asmaa’ Afiqah Jasri


30.11.2022

Desa Putra Kajang

Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati