Rapuh Hati
Dalam teduh lesunya bulan
Tersirat wajahmu
Terpapar sungging kesedihan
Seakan rasaku mati
Dibawa pergi
Duhai kekasih hati
Duhai pujangga rasa
Bangunkan jiwamu
Berdirilah
Berlarilah
Peganglah dunia di tangan bukan di hati
Jangan engkau simpan
Rona penuh luka itu
Bangunlah
Tuhan pemilik alam
Sentiasa ada
Tersenyumlah
Kerana aku ada untuk dirimu - sentiasa
Duhai anakku
15 Rejab 1444H
Comments
Post a Comment