Aku PerluMu- Tuhan
Tatkala malam berselimut kelam
Hati merintih- jauh dalam diam
Mencari cahaya kasihMu
Dalam memikul dosa tidak tertanggung
Tiada daya, tiada kuasa
Mencari rahmatMu yang tiada tara
Kerana dunia yang fana' ini sentiasa menggoncang jiwa
Namun kasihMu tetap menyapa,
Hamba bersujud dalam tangis,
Tuhan,
Tangis ini bukan keluhan
Tetapi sifat hamba menyesal kisah lalu
Mencari - memohon ampun- memohon kasih
Berkali-kali dan terus berkali-kali
Dalam harap pintuMu tidak pernah tertutup
Sehingga nafasku ternoktah
Hospital Cyber
29 Aug 2025
Comments
Post a Comment