Seorang Hamba

 






Tuhan
Aku ini hambaMu 
datang dengan tangan kosong
dan kelak pulang tanpa mengenggam
di antara nafas yang Kau titipkan
aku telah belajar tentang apa itu sabar
Dan, apa itu tentang luka yang meneguhkan hati
serta bagaimana tentang ianya jatuh yang menyedarkan.
Bahawa,
Aku ini bukan pemilik hari esok
hanya pejalan yang Kau beri arah
Jika langkahku goyah
tegakkan dengan kasih-Mu
Sebab aku ini hamba Tuhan
yang kecil di hadapan-Mu
namun besar dalam penjagaan-Mu
sentiasa bergantung harap pada setiap helaan nafas 
yang Engkau pinjamkan.





Syaaban 1447
Desa Putra

Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati