:: 1432H Syawal Kusambut ::
1 syawal 1432H
datang lagi
ada kesedihan
yang melekat di sanubari
1 syawal datang lagi
terasa sunyi
tanpa along di sisi
aku maklum
along sudah menjadi seorang isteri
harus patuh pada suaminya
aku dahulu begitu jua
tapi mengapa ada rasa
sedih?
walhal aku memang sedia maklum
itu namanya kitaran hidup
tapi mengapa aku
masih ada rasa..
rasa kesedihan dan kehilangan?
1 syawal datang lagi
aku pilu buat kesekian kalinya
kerna angah tiada bersama
menyambutnya tahun ini
cekal sungguh engkau wahai
anak lelakiku
sedangkan engkau
tidak tahu
betapa aku terlalu tersiksa
kerana engkau tiada di depan mata
kesedihanku dan dugaanku
bertimpa-timpa
dengan kehilangan orang
yang satu-satunya ada
kini telah tiada...
abah..
kini engkau telah pergi buat selamanya
mana mungkin kami melupakanmu
kerana engkau adalah orang yang kami
kasihi selain daripada emak yang telah
lama menyahut panggilanNya.
benar kata pepatah
sudah tiada baru terasa kehilangan
wahai anak-anakku
jagalah diri sepanjang
jauh
dari mata kami
jangan tinggalkan solat
jangan engkar perintah Allah
nescaya kalian akan selamat
di dunia apa lagi di akhirat kelak
tiada apa yang haruskan ku katakan
selain hindarkan larangan Allah
1 syawal 1432H@30 September 2011
Desa Putra Tengah, Sg. Merab
datang lagi
ada kesedihan
yang melekat di sanubari
1 syawal datang lagi
terasa sunyi
tanpa along di sisi
aku maklum
along sudah menjadi seorang isteri
harus patuh pada suaminya
aku dahulu begitu jua
tapi mengapa ada rasa
sedih?
walhal aku memang sedia maklum
itu namanya kitaran hidup
tapi mengapa aku
masih ada rasa..
rasa kesedihan dan kehilangan?
1 syawal datang lagi
aku pilu buat kesekian kalinya
kerna angah tiada bersama
menyambutnya tahun ini
cekal sungguh engkau wahai
anak lelakiku
sedangkan engkau
tidak tahu
betapa aku terlalu tersiksa
kerana engkau tiada di depan mata
kesedihanku dan dugaanku
bertimpa-timpa
dengan kehilangan orang
yang satu-satunya ada
kini telah tiada...
abah..
kini engkau telah pergi buat selamanya
mana mungkin kami melupakanmu
kerana engkau adalah orang yang kami
kasihi selain daripada emak yang telah
lama menyahut panggilanNya.
benar kata pepatah
sudah tiada baru terasa kehilangan
wahai anak-anakku
jagalah diri sepanjang
jauh
dari mata kami
jangan tinggalkan solat
jangan engkar perintah Allah
nescaya kalian akan selamat
di dunia apa lagi di akhirat kelak
tiada apa yang haruskan ku katakan
selain hindarkan larangan Allah
1 syawal 1432H@30 September 2011
Desa Putra Tengah, Sg. Merab

Comments
Post a Comment