:: Selamat Hari Lahir - Buat Suamiku ::
suamiku
sesudah jam 12 malam
1 September
datang menjenguk lagi
suamiku
aku memanjatkan doa
selagi bernyawa
tiada kupinta apa-apa
darimu
selain daripada
kebaikan menerjah masa mendatang
tanpa jemu tanpa letih
dalam meladeni
kehidupan bersama
suamiku
aku sentiasa bersamamu
memanjat tangga-tangga umur
yang semakin meningkat ke puncak
sentiasa bersama
dalam kerahmatanNYA jua
suamiku
hidup ini masih jauh perjalanan waktunya
banyak simpang dan duri
dalam menerjahinya
maka berhati-hatilah
tipu daya dunia sentiasa mengelilingi
suamiku
jangan gusar dengan sedikit kesempitan
jangan mengeluh dengan sedikit ujian
kerana itu cumalah sedikit ujianNYA
kerana hidup tidak semudah yang kita rasakan
suamiku
maka itu
kita waspada selalu
jangan biarkan iman terlena seketika
lantas nafsu mencari kuasa
pantas mengejar dunia
lalai menjaga masa
lalu merantai hidup
suamiku
usah membeku lagi membisu
jika rasa terbuku
kita ditakdirkan hidup bersatu
bersama menganyam rindu dan sendu
dan kita harus tahu
beratnya galas menanggung pilu
suamiku
sukarnya menongkah arus
dengan berjuta tabah
musim-musim yang kita lewati bersama
bila haluan searah
bila tujuan bersatu
yang pahit jadi indah
suamiku
terima kasih atas tanggungjawab
dalam tunjuk-ajar dan nasihat
syariat Allah diutamakan
urusan dunia tidak diabaikan
kasih sayang jadi budaya
sabar dalam melayani
karenah anak-anak dan isteri
suamiku
terima kasih
memaafkan atas kesalahan dalam mendidik anak-anak
jua dalam mendidik isteri menuju redha Allah
suamiku
sebelum menjelang fajr
1 September 2011@3 Syawal 1432H
kupinjam cahaya bulan
kuseru cahaya bintang
bagi menyinar hingga ke siang
kerana kilaunya
kerana cahayanya
adalah....
.... kasih sayang seorang isteri.....
yang sentiasa berdoa
selagi roh dan jasad bersatu
untuk seorang suami
'... Ya Allah, aku berlindung kepadaMU
daripada perasaan sedih dan dukacita,
aku berlindung kepadaMU
daripada lemah dan malas,
aku berlindung kepadaMU
daripada bakhil dan penakut
dan aku berlindung kepadaMU
daripada beban hutang
dan tekanan perasaan....'
.... Ya Allah, bukakanlah untukku
pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu kenikmatan,
pintu-pintu keberkatan ,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan,
dan
pintu-pintu syurga...
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...'
dan
kuucapkan
selamat hari lahir
dan kebahagian itu milik kita!
-------------------------------------------------
desa putra tengah
3 syawal 1432H @ 1 September 2011
7am
sesudah jam 12 malam
1 September
datang menjenguk lagi
suamiku
aku memanjatkan doa
selagi bernyawa
tiada kupinta apa-apa
darimu
selain daripada
kebaikan menerjah masa mendatang
tanpa jemu tanpa letih
dalam meladeni
kehidupan bersama
suamiku
aku sentiasa bersamamu
memanjat tangga-tangga umur
yang semakin meningkat ke puncak
sentiasa bersama
dalam kerahmatanNYA jua
suamiku
hidup ini masih jauh perjalanan waktunya
banyak simpang dan duri
dalam menerjahinya
maka berhati-hatilah
tipu daya dunia sentiasa mengelilingi
suamiku
jangan gusar dengan sedikit kesempitan
jangan mengeluh dengan sedikit ujian
kerana itu cumalah sedikit ujianNYA
kerana hidup tidak semudah yang kita rasakan
suamiku
maka itu
kita waspada selalu
jangan biarkan iman terlena seketika
lantas nafsu mencari kuasa
pantas mengejar dunia
lalai menjaga masa
lalu merantai hidup
suamiku
usah membeku lagi membisu
jika rasa terbuku
kita ditakdirkan hidup bersatu
bersama menganyam rindu dan sendu
dan kita harus tahu
beratnya galas menanggung pilu
suamiku
sukarnya menongkah arus
dengan berjuta tabah
musim-musim yang kita lewati bersama
bila haluan searah
bila tujuan bersatu
yang pahit jadi indah
suamiku
terima kasih atas tanggungjawab
dalam tunjuk-ajar dan nasihat
syariat Allah diutamakan
urusan dunia tidak diabaikan
kasih sayang jadi budaya
sabar dalam melayani
karenah anak-anak dan isteri
suamiku
terima kasih
memaafkan atas kesalahan dalam mendidik anak-anak
jua dalam mendidik isteri menuju redha Allah
suamiku
sebelum menjelang fajr
1 September 2011@3 Syawal 1432H
kupinjam cahaya bulan
kuseru cahaya bintang
bagi menyinar hingga ke siang
kerana kilaunya
kerana cahayanya
adalah....
.... kasih sayang seorang isteri.....
yang sentiasa berdoa
selagi roh dan jasad bersatu
untuk seorang suami
'... Ya Allah, aku berlindung kepadaMU
daripada perasaan sedih dan dukacita,
aku berlindung kepadaMU
daripada lemah dan malas,
aku berlindung kepadaMU
daripada bakhil dan penakut
dan aku berlindung kepadaMU
daripada beban hutang
dan tekanan perasaan....'
.... Ya Allah, bukakanlah untukku
pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu kenikmatan,
pintu-pintu keberkatan ,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan,
dan
pintu-pintu syurga...
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...'
dan
kuucapkan
selamat hari lahir
dan kebahagian itu milik kita!
-------------------------------------------------
desa putra tengah
3 syawal 1432H @ 1 September 2011
7am

Comments
Post a Comment