:: bicara luka ::
ada luka yang berdarah
ada kata yang telah mungkir
ada janji yang didustakan
dan
terpalit noda curiga
di manakah sebenarnya
penghidupan yang dijanjikan
yang manisnya dahulu
kini diterbangkan angin lalu
tanpa suara
sandiwara apa yang dilakonkan
di depan engkau berdusta
dalam sinar mata
engkau
menyimpan rindu pada yang lain
lupakah akan
keterbatasan yang perlu
ada
yang mana - benar di kebelakangkan
dan;
salah di kehadapankan
coretan lama hanya memapah hiba
geloranya jiwamu seakanmuda semula
berlagu riang tanpa ingat
usia menginjak senja
kini engkau ingin
aku membawa langkah sendiri
retaknya hatiku
berbelah-belah
dalam aliran luka tidak nampak
ternyata rentak kita masih sama
sekalipun berlainan lagu
engkau hanyut dalam dunia nikmatmu
mengaku bahagia sedangkan durjana
kenapa sekarang diusulkan
perlu teman untuk berbicara
selain dari aku!
kenapa jadi begitu?
aku tahu
hatimu sudah kepada yang lain
jiwa engkau telah lama berpaut
pada nikmat dunia
yang tidak sempat engkau kecapi dahulu
cuma kerana bicara luka
mengalir dalam jiwaku
DIA penyelamat diriku
kerana jiwaku dalam genggamanNYA
jadi pengubat pada kesakitanku
rahsiamu dalam pengetahuanNYA
DIA mengkhabarkan
akan ketidakjujuran
melalui rasa hatiku
bahawa ada rahsia yang engkau simpan
benarlah
perancanganNYA adalah sebaik-baik perancangan
sembunyikanlah dari manusia
tetapi tidak dariNYA!
dan akhirnya
aku tidak pernah menafikan
rasa hatiku!
~august 2011~
~cloudy~
Comments
Post a Comment