:: Aku ::



aku sentiasa mengharapkan
adanya belas kasihMu
terhadap aku hambaMu
yang kerdil lagi hina ini
kerana hanya kepadaMu sahaja
tempat aku mengadu
hanya kepadaMu sahaja
tempat aku menitip rindu
ingin segera bertemuMu

bukan aku ingin
menghindarkan dugaanMu
tetapi setiap kesakitan itu
terlalu menderaku

kerana
jika kasihkan manusia
manusia cepat mungkir janji
jika sayangkan manusia
manusia cepat terlupa
kisah lampau yang susah..

apalah lagi yang diharapkan
kecuali
aku sentiasa mendambakan
kasihsayangMu

Ya Rabb..



~29july2011~



Comments

Popular posts from this blog

Hari Lahir - 10 April 2010

Dan, Ketika Sunyi Itu Bertapak Di Hati