:: remaja telah pergi ::
terkadang
seakan tidak tahu dari mana
mahu bermula
sedar-sedar...
usia remaja
telah melepasi sempadan waktu
usia dewasa lagi matang
memasuki era
haruskah di kesali
usia remaja yang berlalu
kerana ada ruang waktu
yang tidak terpenuhi
seakan banyaknya keindahan remaja itu
terbuang rasanya
lajak gembira ... melalaikan
jujurkah perjalanan
remaja itu
dengan cukup sekadar sahaja?
dan hari dewasa itu datang
adakah dikesali remaja yang pergi?
~jan2002~
windy
Comments
Post a Comment